Friday 18 October 2013

Reprimand: Not Going to Make It Easy Aren't We

Petang tadi hujan turun quite lebat and then malam ni bunyi cengkerik kedengaran memecah kesunyian malam. So somewhat tak rasa kecewa sangat lah dengan bunyi kenderaan yang mengganggu ketenteraman hidup saya ever since saya berpindah ke bilik ini.


Apa khabar ya khalifah? Bagaimana dengan business dakwah anta? ^_^ Too polymers(plastic), not good to begin hehe.. Hi guys, how are you? I mean every aspect of your life? Dunnia wal akhirah? Hopefully you're doing great, still in the guided path towards righteous. Dah lama tak update blog ni, actually hari tu ada karang, I repeat KARANG(mcm panjang berjela je tuh), post untuk di-update. Tapi disebabkan desktop yang tak behave(tak bersusun) post tersebut telah hilang. Takpe ye, nanti kalau jumpa saya post.



So hari ni kita nak ulas fasal apa ni? Hmm okay I got something to ponder. Jom kita cakap tentang menegur. Eh saya tak pernah post lagi kan fasal menegur? Jap ye saya check @_@ Haa belum lagi. Hari ni boleh ulas topik ini.



Lately seorang kenalan menyampaikan concern dia kepada saya, kawan dia, female, membonceng motosikal dengan lelaki. Dia ni nak tegur tapi tak tahu kaedah. On that particular time, saya tak menjawab concern beliau properly. So hopefully anda membaca post kali ini ^_^



Pertama sekali lek dulu mari kita fahamkan. Apakah itu teguran? Berrrrrrrrrrsepah dan pelbagai definisi can be derived. But let us ponder on my perspectives(haaa tu dia bila speaking laju ja taip, dasar Melayu murtad~). For me “teguran” is an act of intervention which to intervene a persona, a society, a body, a group of people, an identity or any entity which act on certain behaviors or having certain thoughts which in concern of those who intervene that their(the intervened) behaviors or thoughts must be altered, changed, modified, eliminated or to propose new one or to propose an addition to the original. Haa tu dia, english berterabur jangan digugel translate memang hampa tak dapat makna dia nanti. Hehe senang ceghite, I bagi you all situational example lah. Cerita tadi, si Tijah(bukan nama sebenar) nampak si Tipah(bukan nama sebenar) membonceng motosikal dengan si Andrew(bukan nama sebenar). Andrew dan Tipah ni ajnabi kepada satu sama lain. Hooo padia ajnabi?? Senang ceghite orang yang boleh nikah. Tapi mereka ni tak nikah lagi. Jadi perbuatan membonceng mereka tu tak proper sebab mereka Islam (Andrew Islam ye). Kenapa tak proper? Tak perlulah kita bahas okay? ^_^ Tak faham! Tak faham! Bagus Andrew tolong Tipah. Weh! ^_'^ lelaki bonceng perempuan, kalau tak rasa apa-apa konfem ada masalah batin. Rempit pulak kat highway MRR2 takut melayang si Tipah dipeluknya badan sasa si Andrew. Jadi perbuatan itu haram sebab mendatangkan nafsu atau mendatangkan fitnah and so on. Fitnah lah!

bodoh si Ayah Tipah ni tak pandai jaga anak, senang je naik motor dengan jantan entah ke mana dorang pergi” kata si penjaga tol ^_^

Ayah Tipah yang di kampung tidak tahu apa-apa dilabel bodoh. Padahal Ayah Tipah Pak Lebai Kampung. Si Tipah yang baru nak up turun Key El nak try jadi bohsia menjerit ayah yang dikampung disalahkan (Eh behave bahasa Syahid, ada orang yang baca ni ^_'^ bukan takde).

Jadi, si Tijah rasa perbuatan si Tipah ni tak proper. Jadi perlulah dia lakukan sesuatu.. Padia? Nak buat apa? Apa-apa tindakan yang patut untuk menyedarkan si Tipah akan perbuatannya yang tidak patut. Teguran is one of the method.




Jadi apa hukum teguran ini? Saya x arif feqah, mari kita lihat hadis ni ^_^

Daripada Abu Said al Khudri r.a. katanya :
Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran
maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya
sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah
dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu
maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman”

Baiklah, itu hadis yang saya belajar masa form 3. Bentuk tindakan kita berdasarkan tiga situasi ni. Jadi buat si Tijah, situasi yang sesuai untuk dia adalah “sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah dengan lidahnya”. Jom senyum dulu ^_^ Sebenarnya hadis ini dah beri pelbagai cara untuk untuk mencegah kemungkaran. Saya nampak empat cara. Orang lagi yang hebat maybe dia boleh derive lebih banyak method. Jom kita senaraikan tiga cara yang obvious.

1. hendaklah dia mencegah dengan tangannya
2. hendaklah dia menegah dengan lidahnya
3. maka dengan hatinya sekira tidak mampu

jadi cara keempat? ^_^ Baiklah jika mereka berada dalam situasi nombor 2 dan 3, mereka boleh

4. Sekiranya mereka hanya mampu menegah dengan lidah dan membenci dengan hati, tetapi kemungkaran masih berleluasa, maka pergilah kamu kepada mereka yang mampu mencegah dengan tangan dan meminta mereka mencegah dengan tangan mereka.



C: Tetapi.. Masalahnya masyarakat kita, mereka yang boleh mencegah dengan tangan atau menegah dengan mulut berada dalam keadaan lalai, dan mereka lebih selesa memilih membenci dengan hati sebelum berusaha apa-apa. Ingat, Allah tak lihat hasil, tapi Allah lihat usaha kamu...



Okey, kembali kepada Senah. Eh silap :3 Tijah kan? Tijah(dilema), Tipah(pelaku) dan Andrew(pelaku). Jom kita selesaikan kes ni mengikut SOP(Standard Operating Procedure). Nak buat macam mana?

1. Inform penguatkuasa. Assuming penguatkuasaan tak kuat. So, method fail.

2. Inform ayah Tipah the Pak Lebai kampung. I like! Suka Adegan tibai menibai anak perangai teruk ni. But maybe Andrew tak puas hati panggil kawan-kawan rogol Tijah(pengaruh movie Melayu). Ada penguatkuasaan jangan risau. Kes syariah mungkin mereka ambil ringan tetapi tidak kes civil, theoritically. So, maybe 70% successful. Not really proud of the estimation..

3. Slow talk dengan Tipah. Yang ni nanti kita elaborate.

4. Benci dengan hati

i. Pergi mampus lah Tipah. Bodoooooh. Sekolah dulu belajar Pendidikan Agama Islam dapat A+ lagi. Saja gedik. Bencinyeerrr(sambil flip rambut)

Atau

i. Ehhh takutnya kene rogol dengan Andrew and the gang. Tapi aku tak sukalah. Hmm diam j lah lama-lama nanti dia perasan lah ramai orang tak selesa dia membonceng motor dengan Andrew. Tapi sabaaaaaaaaar je lah(sambil tangan ke dada buat muka jemah).





You see? C: There are many obtacles in fighting mungkar. That is why the rewards are so big. Nevertheless, fighting mungkar is COMPULSORY. In what ever state you are, you must never yield to mungkar. And even the last thing you must preserve is your heart. That is why, selemah-lemah iman adalah membenci dengan hati. Dont let your heart mix with mungkar. It will tarnish or degrade your iman.



Situasi yang seringkali kita berhadapan adalah keadaan kedua 
which is menegah dengan lidah, dengan kata lain menegur, kerana kemungkaran yang senang kita lihat seringkali berlaku disekitar kita. Contohnya perbuatan room mate kita. Katakanlah Tijah danTipah ni room mate. That is why Tijah knows Tipah's doings. Dan apabila melibatkan orang sekeliling kita kecuali keluarga kita kebiasaannya kemampuan kita hanyalah menegah atau menegur.

Pak Gad! Saya nak report ni! Semalam saya nampak Tipah bonceng motor dengan sorang jantan”, kata Tijah.

Hah? Tipah? Semalam? Sapa kau? Mana dia? Aku tak nampak pun. Ada saksi? Sapa lelaki tu? Abang dia kot?”, kata Pak Gad sambil buat muka Mashimaro minta penumbuk.

Kes sebegini penguatkuasaan tidak efektif. Tak boleh nak salahkan Pak Gad. Unless kau cakap Tipah kene culik, Pak Gad mungkin tak buat muka Mashimaro. Okay bab penguatkuasaan nanti kita kupas kalau ada ilham, ada rezeki insyaAllah ^_^ Apa-apa concern mesti ada penyelesaian.




Tijah tiada nombor whatsapp Pak Lebai, so dia tak boleh contact Pak Lebai nak mengadu tentang Tipah. Jadi mengikut SOP dia menggunakan method ketiga, slow talk ataupun menegah ataupun memberi teguran.



C: Sebenarnya teguran ni cara yang sangat disukai saya. Even kalau mampu mencegah dengan tangan sekali pun mesti didahului dengan teguran. Lagi-lagi untuk golongan yang kurang berilmu atau golongan yang melakukan kesalahan kecil.

Pak Cik jangan main judi laga semut, haram tu Pak Cik, mengaji lagi bagus”, kata pegawai rumah warga emas.

Baik naaaaaak”, kata warga-warga emas.

Mungkin mereka kurang ilmu agama. Jadi, selesai disitu. Tapi katakanlah ia berulang kembali.

Pak Cik! Kan saya dah kata jangan main judi laga semut! Kenapa degil! Saya tak bagi tengok TV selama seminggu!”,kata pegawai rumah warga emas.

Alaaaaaaa...”, kata warga-warga emas.

Ini bentuk penguatkuasaan selepas teguran bagi kesalahan kecil dan bagi pelaku kurang berilmu.




Jadi bagaimana nak lakukan teguran or tegahan which is purely words? Saya tak tahu C: … Mestilah saya tak tahu haha. Baiklah, saya pun jarang menghasilkan teguran yang berkesan, sebab keberkesanan hanya Allah yang tahu. Tapi tak salah saya berkongsi few tips yang saya selalu gunakan. So far teguran saya jarang ditolak. Mana tahu dapat kamu menambah idea dari tips saya supaya kaedah menegur kamu lebih berkesan.




Cara menegur bergantung kepada situasi. Di mana elemen-elemen yang berkait rapat ialah, emosi kamu sendiri, emosi orang yang ditegur. Siapa yang ditegur, superior or inferior kepada kamu. Suasana semasa teguran berlaku. Pengetahuan kamu. Kalau kamu sendiri tak pasti perbuatan menegur itu betul atau salah, sila dapatkan bantuan dan bimbingan. Haaaaaaaa! Dah keluar kaedah kelima!

5. Sekiranya mereka hanya mampu membenci dengan hati, tetapi kemungkaran masih berleluasa, maka pergilah kamu kepada mereka yang mampu mencegah dengan tangan dan minta mereka mencegah dengan tangan mereka atau pergilah kepada mereka yang mampu menegah dengan lidah dan minta mereka menegah dengan lidah mereka atau meminta mereka berjumpa dengan mereka yang mampu mencegah dengan tangan dan meminta mereka mencegah dengan tangan mereka.




Okay, kembali kepada elemen-elemen berkait rapat dengan keberkesanan teguran

1. Emosi

Kenal pasti tahap rasional kamu dan juga orang yang akan ditegur. Jangan disebabkan kata-kata kamu, keadaan bertambah teruk. Make sure you are fit to talk. Sekiranya emosi dia juga tidak stabil, usaha menegur akan menjadi sia-sia, bahkan memburukkan persepsi dia terhadap niat baik kamu.

2. Superior Inferior

Kalau orang lebih tua atau senior, jangan sampai mereka rasa kita tidak hormatkkan mereka. Kalau mereka lebih muda atau junior, jangan sampai mereka hilang hormat kepada kita.

3. Suasana

Biar kena tempat biar kena masa. Jangan dalam exam hall baru kamu nak tegur. Jangan sedang dia senggugut kamu nak tegur. Jangan dihadapan adik dia yang menghormati dia kamu tegur segala keburukan dia.

4. Pengetahuan

Tak tahu buat cara tak tahu. Jangan tegur benda yang kita sendiri tak yakin. Tapi kita boleh ingatkan orang

“Encik, saya tak yakin barang ni halal, saya rasa baik encik semak dulu”

Ini tak. Starbuck harrrrrrrrrrom!!!!! Tahu mana? Dengar orang cakap.. Pergi semak dulu. Saya tak tahu, saya tak mampu minum kat starbuck. Mahal.




Jadinya lain situasi lain caranya ^_^ Perlu kreatif. Untuk kes Tipah tadi, Tijah sendiri lebih tahu bagaimana cara yang lebih sesuai untuk menegur Tipah.

Boleh jadi kita rendahkan diri kita untuk menegur.

Babe, aku rasa diri kita ni makin lalailah, aku sibuk main game, kau sibuk bonceng motor dengan lelaki”

Nampak tak? Rendahkan diri kita kepada level dia. Ibarat mcm ni, nak cakap dengan kanak-kanak, sama kan aras mata kamu, mungkin kamu perlu melutut, tapi tak semestinya kamu perlu jadi kanak-kanak. Kaedah ini dapat mengurangkan potensi intimidation. Ayat macam ni akan stimulate pattern muhasabah to her cognition.

Boleh jadi, kita perli dia.

Demm gila si Limah tu! Bonceng motor sana sini dengan lelaki, aku rasa ayah dia kalau nampak mesti sedih dowww. Nasib baik kita tak macam tu. Kau nak pringles tak? Eh malam ni aku masak, kau nak makan apa?”

Ayat macam ni akan menimbulkan rasa bersalah dalam diri dia dan akan stimulate pattern tormentation to her cognition.

Boleh jadi kita bagi surat layang, tetapi surat layang beradab

Awak, saya salah seorang yang berada disekeliling awak, saya peduli tentang awak, namun saya sangat lemah untuk menegur awak, harap awak maafkan kelemahan saya ini, saya nak tegur tentang....”

Sebelum menasihati, bantu dia faham mengapa kita gunakan kaedah ini, kenapa kita tak cakap direct, dan kita tak bermaksud any harm or threat, just concern, biar dia tahu, ada orang yang ikhlas dan pedulikan dia.

Boleh jadi, kita cakap direct.

Girl we need to talk..”

Direct solution hanya boleh diberi kepada mereka, apabila right state of mind mereka mengatakan perbuatan mereka itu salah.




Dan banyak lagi mengikut keperluan dan suasana. Paling penting kita pimpin sense mereka kepada consciousness dahulu. Bantu mereka menggunakan akal untuk berfikir.



^_^ I admit, menegur orang memang satu cabaran yang agak besar. Even after one year of proper training saya masih lagi mempunyai banyak kekurangan dalam ilmu menegur.



C: Di sini juga saya mahu ingatkan, sekuat mana usaha kita sekalipun, keberkesanannya terpulang kepada Allah. Know your limit, but dont decide your limit. Tapi ingat, mencegah kemungkaran itu WAJIB. Jagalah hati kamu, di situ benteng pertahanan terakhir kamu, disitu perjuangan asas kamu mencegah kemungkaran, dah usahalah sebelum berpasrah. Sekadar perkongsian dan pendapat sahaja, mohon maaf salah silap. Allahu a'lam C: