Sunday 19 May 2013

Perspectives: Considering Others Judgement and Opinion


Final dah makin dekat so saya nak jawab teka-teki ni. Kalau salah tolong betulkan C: Jadi clue yang saya beri “to me it is the same as the way as you judge people, you have to label them properly and sometimes you need to evaluate them from different perspectives”.


                Oleh itu daripada impresi pertama kita seharusnya 17+15=32. Tetapi statement yang dikeluarkan ialah 17+15=34. Kenapa ya?


                “To me it is the same as the way as you judge people”, so macam mana kamu judge equation ini? Most of people judge equation ini as a decimal numbers. Oleh itu expectation kamu semestinya 17+15=32. Tapi, cuba kamu judge equation ini sebagai octal number? Mari kita buat octal decimal conversion.


Octal      = Decimal
17           =15
15           =13
34           =28


                Oleh itu, 17+15=34 dibaca sebagai octal number yang membawa makna 15+13=28 sebagai decimal number yang digunakan dalam kehidupan seharian.


“you have to label them properly and sometimes you need to evaluate them from different perspectives”. Equation yang dikeluarkan tidak dilabel sebagai octal notation atau decimal notation. Dan dalam kebiasaan masyarakat kita nombor decimal memang tidak dilabel. Sila rujuk cara melabel nombor dengan base yang spesifik. Oleh itu, ilmu penggunaan nombor berlainan base dan numeral system sangat penting untuk ketepatan penyampaian maklumat. Sebagai contoh binary dan hexadecimal biasanya digunakan dalam digital computing. Ataupun sexagesimal numbers yang digunakan tamadun Sumerians dan Babylonians ataupun untuk mengukur masa dan sudut.


Perspektif dalam kehidupan kita sangat penting dan mempunyai lebih dari satu perspektif merupakan kelebihan kepada individu tersebut. Seperti yang saya kata judging ataupun menilai sangat penting, perbuatan menilai pula memerlukan perspektif. Kenapa menilai itu penting? So that you can label people properly and put them at the place where they should be in the circle of your life. For example judging a person makes you know a person is not a good leader. So don’t choose him as a leader. But don’t punish him randomly. For example spreading bad stories about him. Boleh jadi dari perspektif orang lain dia mempunyai pelbagai kelebihan dan kebaikan. Di mana dari perspektif kita tak mampu kita untuk melihat kebaikan tersebut. Namun apabila ditanya pendapat kamu, berikanlah pendapat kamu dari perspektif kamu, seperti mana kamu melabel dia. Berbalik kepada statement saya sebelum ini, mempunyai perspektif yang luas membantu kamu menilai dengan lebih baik. Kerana faktor penilaian kamu dipelbagaikan melalui perspektif kamu yang luas.


Oleh itu, do judge people, and if you are able to judge people from more than one perspectives you are advanced. But don’t randomly punish people as nobody is perfect. And could be from your judgment you could give good advice to others so that they could fix their wrong doings. So do label them for references to yourself. If you are asked from others on your opinion about the person, then share it, remember it is from your perspectives. And if the asking person is smart enough, he should also consider opinion from other people perspectives.


Jangan lupa, kalau kehidupan seharian kita menggunakan decimal number, berikan label notation kepada nombor berlainan base. Bantu orang lain memahami tujuan kamu. Katakan lah datang kepada kita orang memberi maklumat menggunakan nombor berlainan base, dan kalau kita mempunyai kelebihan menggunakan nombor berlainan base(different perspective) sudah pasti kita faham akan maklumat yang cuba disampaikan. Tidaklah kita tuduh dia salah. Di sini perlu juga kita merujuk orang yang lebih arif dengan numeral system tersebut. Atau mungkin orang lain lebih memahami perbuatan dia. Dan kita pula sebagai penyampai, harus lah mengadaptasi dengan perspektif masyarakat yang menggunakan decimal number, supaya tidak disalahfaham.


So, how do you see things? Have you ever considered others opinion and judgement? Anyway, all the best for finals. Maaf jika ada salah silap. Semoga apa sahaja usaha kita untuk redha Tuhan. And actually in my perspective, it is not directly Math, to me it is rather culture C: Allahu a’lam.