Saturday 30 March 2013

Happiness: You Define, and How Do You Define

Semalaman tak tidur, pagi belajar, tidur selepas zuhur sampai lewat petang, malam pula ada event mengejut yang tidak dirancang memerlukan saya untuk keluar dari IIUM. Begitulah saya menghabiskan Sabtu terakhir saya sebelum cuti pertengahan semester berakhir. Dah la most of the holiday dihabiskan di kampus. Happy ke ko hidup macam ni? Hmm ko tanya aku ke? Kitaran tidur dah semakin tak terjaga, Alhamdulillah sehabis baik saya mengekang tabiat buruk ini dari mengganggu saya untuk melaksanakan ibadah tapi disini saya alpa, saya lupa bahawa tidur itu juga sebahagian daripada ibadah. Segala-gala yang kita lakukan sejak kita bernyawa, is considered ibadah. Astarghfirullahalazim.


                Badan penat sangat ni, but let us challenge our minds and our bodies C: Jom kita tengok hasil penulisan dalam kepenatan. Kita akan kupas tajuk, Happy. Malam ni tengah sugul(penat) tapi itu lagi bagus at least hasil tulisan malam takda lah ke arah exaggeration. Insya Allah hasil penulisan sebelum ni juga tidak berlandaskan niat exaggeration tapi begitulah kita seharusnya sentiasa mempamerkan gaya pekerjaan yang produktif tapi tawadhu’ hihi. Haaah banyak cakap tapi tajuk tercicir =.= Happy. Ma makna happy? Farohain, farhan, farhana and so on boleh refer kepada para pengamal dan professional bahasa arab. Malas bukak mu’jam(dictionary) boleh digugel translatekan. (tapi ingat, hargai mu’jam secanggih macam mana pun teknologi kaedah rujukan asas harus dipelihara). Bahasa Melayu secara umumnya ia bermaksud bahagia, gembira, senang hati dan pelbagai lagi. Allahu a’lam.


                Memetik kembali(eh sori ye malam ni tak banyak emoticons and lawak-lawak) perbualan saya dengan seorang senior yang saya hormati, bukan senang nak cari senior yang kita masih respect and I consider his words and opinions thoroughly, jom kita ikuti


Senior:  A friend asked a question;you can't get married or get in serious relationships because of so      many reasons, but you get to see someone you like every now and then as friends... Are you happy enough with that? P/s: Fuhh... such a question :-) . err.. the question is not about me okay, dont get the wrong idea

Me:        It depends on how you define happiness itself I think :D

Senior:  yup, Syahid Shokri happiness is very subjective .some peoples always said that never mind I also happy to see he/she happy. 'true love' they said, by let it go.let they choose what is the best for them. simply minded person.

Me:        Dats why I believe, people shuld decide on their own happiness, we could always look things from different perspectives. Hmmm tapi ye lah dunia optimis mcm tu almost never exist, we could always look upon ideal way of living but still way to far from reaching it.. haha


Begitulah perbualan kami (kat mana jangan ditanya, bro kalau terbaca jangan marah pulak C: you are a really promising thinker I believe, hope you will success in dunnia wal akhiroh). Baiklah jom kita ungkai penyataan saya. Haa mestilah penyataan saya takkan penyataan senior saya pula. Salah misinterpret macam-macam boleh jadi haha.


                Baiklah, “are you happy enough with that”, jawab saya “It depends on how you define happiness itself I think”. Kebahagian bergantung kepada macam mana kamu definisikan kebahagian itu. Haa samalah macam mana saya jawab pertanyaan Br. Tun Masri Abu Bakar from Sime Darby dulu, masa tu beliau tanya how do you define success? Saya jawab to me success is a satisfaction. Begitu jugalah saya define happiness. Happiness is a satisfaction and satisfaction is a condition where you have acknowledged your own achievement. Achievement apa? Dalam semua aspek la ya habib C: Do you happy with for example your life? So what aspects do you accounts in your life? What is the aspect’s level of satisfactory? Do you acknowledge it? (tukar tempat, tak best tulis atas katil, sakit leheaq) Contoh la kalau saya, bagi saya life, aspek yang perlu diambil kira dua di antaranya (aspek duniawi lah, duniawi pun ada kepentingan) kerjaya dan anak bini. Kerjaya, mampu tak dengan kerjaya saya, saya balas jasa ibu bapa saya, saya sara anak bini saya secukupnya dengan rezeki yang halal? Anak bini, berjayakah saya didik dan bimbing anak dan bini saya untuk menjadi insan yang baik? So ini level of, satisfactory. Acknowlegde means puas hati, maksudnya tercapai lah sasaran atau tak. Kalau tercapai maksudnya saya bahagia. Kalau belum insya Allah maksudnya saya sedang menuju kearah kebahagiaan ;) Selagi saya masih berusaha.


                Menjawab soalan-soalan itu jelas lah kamu bahagia atau tidak bagi saya. Tapi walaubagaimanapun kamu yang tentukan C: Ye lah satisfactory level kamu yang derive bukan orang lain. Tak kan orang lain pulak nak decide samada(ke sama ada) kamu happy atau tidak. Mestilah kamu sendiri. Haa ingat tak entri pasal decision C: Sapa yang ikut perkembangan saya dari awal insya Allah kamu lebih faham. So kamu yang decide sendiri kamu punye kebahagian. Kereta ada empat pintu, puas hati ke tak? Ke nak tujuh pintu baru puas hati? Tapi tak guna juga bang oi, mati nanti semua orang batu nesan dua buah juga, yang berbeza amalan yang kamu bawa nanti menghadap Allah S.W.T.


 “Hmmm tapi ye lah dunia optimis mcm tu almost never exist”. Kenapa almost never exist? Sebab ramai orang tak tahu bersyukur dan tak redha dengan rezeki sendiri. Duniawi semata-mata juga yang dikejar. Bisness berbillion-billion pun tak pernah puas, tak cukup dengan apa kita ada kita pedajal pulak periuk nasi orang(hmm ini trend bisness certain kaum kat Malaysia, kaum apa? You are wise enough I dont need to elaborate..). “We could always look upon ideal way of living but still way to far from reaching it..”. Ideal way of living, apa dia? Wasotiyyah(moderation). Cara kita kita berfikir dan mendefinisikan kebahagian seharusnya berpaksikan kesederhanaan(In my opinion la, tak puas hati jangan tembak aku pulak). Far from reaching it? Hmm you just see la the world nowadays. I give you simple example. Kamu ada gheta(kereta, mobil dalam Bahasa Indonesia, kuruma dalam Bahasa Jepun, sayyaroh dalam bahasa Arab =    0= mengarut daa..), gheta Lamborghini 2012(saya tak tahu sangat sal gheta), keluarlah model baru Lamboghini 2013, tukar gheta! Belum sampai Malaysia beli oversea import masuk! Punya lah penting model gheta up to date. Tapi nak gunanya? Untuk ke market sahaja.. Dah tu pasai apa hang beria nak tukar gheta?? Model lama tak boleh parking depan pasar ka? Pasar gheta apa, pasar basah ja jual barang dapur. Tukar sebab trend. Jiran-jiran tukar colleagues tukar, habis tu I macam mana? Ketinggalan lah youuuu. Jiran hang tu kerja sirim, nak test gheta lepas tak piawai(husnuzon). Dah tu kalau depa kaki tayang sekali pun perlu ka hang pi lawan?? Sampai bila tak habis bro, sampai bila tak puas hati, tak puas hati macam mana nak bahagia?.. Baik guna duit tu pi hanta anak belajar kelas fardhu ain, ada duit lebih labur untuk upgrade ilmu anak, hantar anak pergi tuisyen kat madrasah.. Lagi baik. Ini kereta ada sepuluh pintu, anak bini lepas ke mana. Nauzubillahi min zalik.


Memetik balik sindiran saya di atas, “Kereta ada empat pintu, puas hati ke tak? Ke nak tujuh pintu baru puas hati? Tapi tak guna juga bang oi, mati nanti semua orang batu nesan dua buah juga, , yang berbeza amalan yang kamu bawa nanti menghadap Allah S.W.T.”. Jadi bagi saya semua orang perlu kejar kebahagiaan dan kepuasan hati( Bagi saya kepuasaan hati ini kita punya keredhaan). Tapi adakah definisi kepuasan atau kebahagian ini kita boleh buat sesuka hati? Saya nak dapatkan sepuluh girlfriends dalam satu masa baru saya puas hati dan hepi! Muda hanya sekali, so kita enjoy!(Tapi akhiroh is for eternity beb) Boleh ke macam tu? Ya kamu boleh mendefinisikan kebahagian dan kepuasan hati mengikut kehendak kamu, tapi kalau ia terdorong dengan nafsu dan bukan syariah dan kehendak Allah S.W.T. maka apabila kamu berusaha untuk capai kebahagian tidak ke kamu semakin jauh dari Allah S.W.T.? So menjadi keperluan kepada kita to inculcate or to instill the definition of happiness Islamically. Pusing macam mana pun Islam is the best way of living(ini pendapat saya harap maklum dan hormat).


 Jadi akhirnya kita ni nanti ke rumah dua tiang. And then kat situ yang penting bukan worldly achievement, but yang penting amal ibadat je so lupakan hal dunniawi. Eh mannnnna boleh! Adakah beradanya kita di dunia ni seperti berada tempat persinggahan RnR atau seperti berhenti di stesen petrol?? RnR, makan, golek-golek rehat, ibadah, selepas tu teruskan perjalanan ke destinasi. Stesen petrol, makan sedikit, rehat sedikit, ibadah, gain something(petrol) untuk memastikan kita sampai ke destinasi, selepas tu teruskan perjalanan ke destinasi. Haa lepas ni jangan berhenti kat RnR berhenti dekat stesen petrol je haha ;) Keberadaan kita di dunia ni akan dipersoalkan. Worldly matter must directly proportional akhirah. Sebab tu ada perbezaan antara, dunia dan akhirat, dan dunia semata-mata. And worldly matter must be in order to get akhirah, so worldly matter is for the sake of akhirah. Fail in the world, fail in the hereafter. Success in the world, success in the hereafter. So how do you define success? Haaa samalah macam you define happiness. Define the meaning of happiness and success Islamically, strive to get happiness and success, then you will get both, dunnia wal akhiroh. Allahu a’lam bissawab.


Baiklah dah lewat ni, saya rasa dah terjawab keupayaan mengarang saya dengan kondisi badan saya yang kepenatan. Alhamdulillah saya berpuas hati C: Tapi bukan itu tujuan saya menulis ya kalian. Insya Allah Lillah, dan kalau bukan Lillah sekali pun saya berdoa supaya hati saya ikhlas menjadi Lillah. So, kebahagiaan, you define. How do you define? What does your God want. That will do because we are here supposedly to please Allah S.W.T. and let that be the core or main definition of our happiness and success.


Seperti biasa, bersama-samalah kita saling beristighfar dan ingat-mengingati. Terima kasih kerana sudi luangkan masa untuk saya berkongsi hasil buah fikiran saya. Komen membina sangat dialu-alukan. Selamat kembali ke kampus bagi IIUM students, dengan ini masa saya mengarang selepas ini lebih terhad. Semoga kita diizinkan bangun Subuh berikutnya dan kehidupan kita di dunia Allah S.W.T. ini dimanfaatkan C: Allahu a’lam.

Friday 29 March 2013

Regret: Perlu dan Tak Perlu

Haaaaachom! Haaaaachom! Hingus pun meleleh-leleh bersin tak henti-henti mata dah gatal. Itulah akibatnya degil, benda tak boleh makan sebab allergic tapi makan juga. Masa makan tak ingat apa-apa lepas makan la baru nak menyesal = 0= Tapi kadang-kadang boleh jadi sebab lupa. Manusia ni at some point of our life benda yang dilupa semakin bertambah propotionally dengan perkara yang perlu diingat, benda orang pelawa kita tak fikir panjang, ngap! Masuk mulut terus. Gatal-gatal la muka jawabnya.
            So hari ni nak tulis tentang apa ya, sementara cuti ni boleh la curi masa nak tulis habis cuti nanti harapan la update blog. Tapi insya Allah harapnya saya istiqamah dengan penulisan blog ini dengan harapan ia dapat memangkin perubahan diri saya. Including to memperkasakan kebolehan bahasa yang makin berterabur dan tunggang-langgang =.=” Menyesal. Kenapa manusia menyesal? Ya exactly why human do regrets? Jawapan paling religious sekali sebab tak percaya kepada ketentuan la (qada’ dan qadar) C: eh bukan nak mock sapa-sapa ya, kadang-kadang saya pun macam tu juga, sebab tu saya berani tulis. Ya lah kita manusia tak lari dari khilaf, silap, tersasul, dan tersasar. Hehe itulah pasal, kadang-kadang lupa, tambah pula dengan lalai. Hal-hal duniawi ni macam-macam benda yang kita kena deal tapi itulah uijian yang kita perlu hadapi as a khalifah di bumi Allah S.W.T. Tapi diingatkan kalau lalai, lupa, jangan berterusan nanti menyesal tak berkesudahan.
            Bila kita menyesal dan mengapa kita menyesal? Why? Why? Why on earth? What have I done? Haa itulah yang kita selalu dengar dek depa yang dah terlajak, terlanjur, terkena, terbuat, and so on. Silap invest hangus duit. Silap stadi chapter hangus quiz. Silap percaya boyfriend, Nauzubillahi Min Zalik (couple haram, hampa dok suka sapa-sapa takpa, tapi jangan dok bercinta, buat cool ja, ala ayat-ayat chenta) kalau nak menyesal tu biar lah something yang kita tak kerugian, seboleh-bolehnya jangan kita menyesal langsung. Eh memang kalau ikutkan tak perlu menyesal, kau tak percaya pada ketentuan ka? Haa nama pun blog ni “Things Happen for Reasons”. Tapi kan kata kan la satu couple ni terlanjur(haaa aku dah kata, jangan couple hampa degay) so takkan la depa tak menyesal dengan perbuatan depa? Wajib depa menyesal dan taubat nasuha. Bukan tahu buat naaa, TAUBAT
.
_______Kita beri laluan kepada Solat fardhu Jumaat, petang nanti kita sambung C:___________
            Okeh, sampai mana kita tadi saya pun dah lupa haha. Istighfar istighfar. Hmm itulah dia tapi jangan kita target geng-geng yang ber-couple ja, ade je geng-geng yang so-called innocent terlibat dengan perbuatan yang tak patut. Haa menyesal kau awal-awal punish orang with regard to their appearance and social. Eh judge orang tak salah ya, but punishing people randomly is wrong ^_^ ingat tu, hadam.(nanti kita elaborate lagi bab punish-memanish ni insya Allah kalau berkesempatan) So kenalah menyesal. Aik, tadi kata tak perlu menyesal sebab ketentuan? Dey! Whats the meaning of this?? Dey, eh silap Dear, jangan menyesal dengan ketentuan Allah S.W.T. Memang semua memang telah ditetapkan sebagai ketentuan Allah S.W.T. Even semasa kita dalam rahim ibu kita semuanya telah ditetapkan. Tapi ingat, destiny sometimes could be beyond our understanding. Ya lah ilmu Allah S.W.T. apa lah sangat kita ni nak faham, we have our own limit every each of us ;) Nescaya lah kalau semua hampa tahu boleh jadi gila hampa. 
      So, “Allah does not change the condition of a people until they change what is in their hearts.” (Al Raad #11). Haa tu dia, tang bila nak menyesal tang bila nak redhoooo ja? Memetik kembali kepada persoalan yang dikemukakan kat atas tadi, (perut dah berbunyi =0  =) Bila kita menyesal dan mengapa kita menyesal? Okey, kita derive jawapan theoretically. Menyessal pabila? Something happen out of our judgement. When the thing happen la. Biasa kalau duduk diam ja takda apa-apa yang jadi tak menyesal. Unless memang rezeki kau la tiba-tiba dapat hidayah. Diberi dua situasi, situasi first, Ryuji ada dua orang crush, which are Aisaka and Minori, so selepas berkira-kira(fikir panjang lebar dah ni, siap buat segala panduan memilih calon bagai, istikharah), maka si Ryuji ni memilih la Aisaka dan berkahwin. Lepas berkahwin Ryuji hari-hari makan makanan yang Aisaka dok masak, maka terpikirlah dia,”hampeh nya bini aku ni masak, kalau kahwin dengan Minori dulu takda aku kurus macam ni, menyesal pulak”.(perut berbunyi lagi =0   “= ) Haaa jangan marah pula dengan Ryuji, dia just terfikir, itu fikiran dia sepintas lalu. Tapi katakanlah dia zahirkan kepada colleague dia si Kitamura. Amboih, very ungrateful! Tak boleh la macam tu C: Dah Aisaka jodoh dia, tak boleh la menyesal. Dia kena redhooooo dan perlulah sebaik mungkin dia bimbing Aisaka untuk jadi wife yang lebih baik. Ajar Aisaka memasak ke, tak reti memasak gak hantar la Aisaka pergi kelas memasak. Bukan dosa Aisaka dia tak berapa pandai memasak. Dan bukan Aisaka tak memasak apabila disuruh memasak oleh Ryuji.(Para husband kalau boleh jangan lah ini dijadikan isu besar C: ) Okey, second situation dimana ia melibatkan perlakuan dosa. Zina, mencuri, meorgol and so on. Lepas tu kantoi. Baru rasa menyesal. Hah kalau tak menyesal jugak memang muka neraka la. Tapi sebaiknya menyesal lah kamu sebelum terbuka aib kamu. Oleh ituuu, kenalah menyesal bersungguh-sungguh sebagai tanda menyesal, diikuti taubat nasuha, seterusnya memohon keredhaan Allah S.W.T. (watak Ryuji, Aisaka, Minori, Kitamura, boleh dirujuk dalam siri anime Tora! Dora! Banyak yang boleh dijadikan pengajaran C: ambil yang baik ja lah)

      Dipetik kembali dari Suratur Rad Ayat 11, Allah S.W.T. tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selagi kaum itu tidak mengubah hati mereka sendiri. Haaah, macam mana nak relate dengan menyesal? Haish Syahid hang takda idea ka? Insya Allah dengan izin akan ada ilham untuk dikongsi bersama ;) Okey, merujuk kepada situasi second. Golongan yang melakukan dosa tu lah, bila hampa rasa depa nak menyesal plus taubat? Nanti tak sempat umur dah mati katak. Katak pun mati for reasons wei. Jangan kita manusia, hidup sia-sia, mati sia-sia, aim jadi ahli neraka. Jadi kalau si manusia ni, hatinya tak diubah, serronowk dengan kemungkaran yang dilakukan, akan menyesalkah dia? Atau akan terus hanyut dihanyuti Gombak Rendu? Allahu a’lam, Hidayah itu daripada Allah S.W.T. Macam yang saya cakap la, apalah manusia macam kita nak fully interpret ilmu Allah S.W.T. Tapi seperti yang dinyatakan dalam Suratur Rad Ayat 11, takkan berubah orang tu. Sebab tu kita senantiasa dingatkan, jangan hati kita ni bercampur-baur dengan perkara tak elok. Haaa nampak perkara tak elok disekeliling kita jangan dibiarkan. Kita mungkin kebal dengan segala godaan duniawi, tapi anak bini kita belum tentu lagi. Berbalik pula kepada entri saya yang lepas yang mem-focuskan kepada choice. Pilihan kamu sekarang, jangan sampai kamu menyesal pada masa akan datang. Amar maaruf nahi mungkar. Nehiiii! Kabhi Nehi!

      Baiklah, niat hati untuk entri ketiga ni nak tulis pendek-pendek ja, tapi ilham tu daripada Allah sebagai petunjuk, sapa yang tahu kan kecuali Pemberi itu sendiri C: Okey, so menyesal itu perlu, but with regard to the situation, and what we have done. Menyesal ini akan memandu kita kearah taubat nasuha Insya Allah dan seterusnya keredhaan diri kita dan Allah S.W.T. Bagi sesuatu perihal yang tidak memerlukan kamu menyesal, sentiasalah bersyukur dan redha dengan rezeki serta ketentuan Allah S.W.T. kepada kamu.
     
      Saya pun bukan lah baik sangat orangnya, bersamalah kita memohon keredhaan Allah S.W.T. dan memohon Allah S.W.T. memberikan kita redha. Seperti biasa, teguran membina sangat dihargai dan sesungguh Allah Maha Mengetahui C: Allahu a’lam bis sawab.

Thursday 28 March 2013

Decision: You Can't Escape From Choosing

Hot day, windy day, and then thunders roaring in the sky waiting for the tears of the sky to fall. Things happen unexpected. Who knows, we were just complaining on how hot the weather is but then suddenly the sky becomes dimmer and then the rain falls. So to whom the sky is answerable to? C: The God Himself the creator of the universe. So the sky itself doesn’t really have choice. Taatnya langit, kalau lah kita ni boleh lebih taat dari langit kan bagus? Tapi itulah ujiannya sebagai khalifah, sebab tu ganjaran kita berbeza tak macam makhluk dan ciptaan lain ^_^

Hehe saje je nak try letak gambar, tengah menulis tiba-tiba hujan pula, somehow UIA ni lovely, kenapa la kita mudah lupa..
Okay hari ni, jom goreng about choices. Choice, choices, decision, decisions, pilihan, dan pilihan-pilihan. Haaa silalah pilih-pilih pilihan untuk perkataan pilihan pilihan yang anda prefer. Berbelit lidah nak sebut, inikan nak pilih. Tapi tidak lah susah sangat sebab pilihan yang perlu dibuat berdasarkan apa yang kita prefer ;) Tapi semua pilihan macam tu ke? With regards to our preferences? Not as easy as that kan? Hehe if you are man righteousness you must do your choices so that everything will deserve its rights. Apa benda pulak tu Syahid oiiii dah la BI hang tunggang-langgang, BM sudaaaaaa~ Okeyyyyy all that I want to say is that kalau nak buat pilihan, pilihan tu mesti menunaikan semua hak yang sepatutnya. More or less macam tu la, can someone translate me the phrase ‘man of righteousness’ =  _= I think supposedly orang yang soleh or someone yang menunaikan hak.

=  O= Ooooooww ye ke macam tu eh, so besar jugak tanggungjawab orang yang kene buat keputusan ni ye. Of course la, sebab tu siapa yang buat keputusan boleh masuk SYURGA or NERAKA. Sebab yang buat pilihan ni kita, khalifah. So basically pilihan ni datang sekali bersama pakejnya iaitu tanggungjawab. Anda tanggung anda jawab. Becauseeee, setiap pilihan yang kita lakukan ada kesannya, there is a consequence to our decision, to our self and to those yang bersangkut-paut dengan decision kita. Eh appa pulak kubur lain-lain, aok dok jerit dalam kubur aok khoi dengor je, sorry  to say aok yang gi clubbing khoi tak suruh tak halang pun.  A a aaa, it’s not easy as that la brooo. We are bro not bero. It is your responsibility to tell me in your right state of mind knowing that what I am going to do is wrong to not doing it. Berjelaaa! Okey okey senang kata, kau tahu apa yang dia buat salah so kau kene lah do something. Don’t play-play blind. So the decision that you have to make in the first place is either you are going to do something or, just ignore it C: Considerably you are at right state of your mind. Kau waras la bukan tak waras. Waras, sedar, baligh, dan berkemampuan. Tak berkemampuan? You still have to do something, still there is a part you need to play, tak kira lah selemah mana kamu, selemah-lemah iman itu membenci dengan hati. Di mana kita tak menggalakkan perbuatan mungkar. Dan kalau berkemampuan dalam tak berkemampuan? Apa benda pulak tuuuuuuuuu. Ada ja words twist dia. Maksudnya, kau tak mampu, tapi ada orang yang mampu, use your brain la my dear, pergi la report kat orang yang mampu! Jangan dibiarkan..

Isssssssh! Susah la nak buat decision ni! Lahir je dah kene buat decision. Nak makan roti canai ke nak makan nasi, nak further study ke nak kerja, nak kahwin dengan Ustaz ke nak kahwin dengan Engineer. Semua perlu buat decision. Alahai main putar dadu je la macam masa exam time sekolah dulu(saya tak pernah buat ye). Boleh no problem dadu lah yang masuk Syurga, hang duk lingkup gitu je lah. Sedangkan yang betul dan salah pun susah nak buat pilihan, inikan pula kalau pilihan yang datang dimana dua-duanya pilihan betul dan juga baik, what will you do? Hek eleh kacang ja I don’t need to do decision, I just take both ^_^” Amboih banyak lemak manis berkrim, ingat, manis-manis sangat pun boleh kena kencing manis. Apa omputih kata? Diabetes mellitus. Dia dan betis, meletup. Appa pun takda. Bukan semua kita mampu miliki. Setiap kita ada rezeki masing-masing, kalau korang tak perlu buat pilihan sekarang mungkin masa depan korang kena buat decision, atau mungkin sebab korang tak buat decision sekarang, option masa depan korang makin bertambah. I bagi you examplee lah, kasi you senang faham, kau nak beli either Lamborghini Aventador or Chevrolet Camaro,(info ihsan roommate, aku bukan kaki gheta) so kau mampu untuk beli dua-dua serentak, cash! Kumpul duit dari darjah satu! So kau tak mahu pilih, memang dari zaman naik basikal lagi teringin nak beli kereta-kereta ni. Tambah pulak lepas tengok bumble bee dalam transformers berubah-ubah, Bruce Wayne pulak bajet cool je drive lambo, kadang-kadang teringin gak nak tiru gaya cool Bruce Wayne, nak jugak bercakap dengan kereta mahal macam Bumble Bee(gila apa) hehe. Kau pun belilah.. Nak bayar tax? Duit tak cukup, bulan ni boleh bayar untuk either one sahaja, so you need to make a choice. Bahkan setiap kali kau nak bayar tax pun kau kene buat pilihan regarding to your finance, kalau mampu bayar dua-dua serentak Alhamdulillah. So sebab tak buat pilihan, banyak lagi pilihan yang kau kene buat selepas tu. Aaa, jom la tukar perenggan nanti serabut pulak mata korang nak membaca = _=

Nak buat decision ada panduan. Mesti ada panduan, setiap masalah mesti ada penyelesaiannya. Saya nak recall balik apa yang saya belajar masa zaman Foundation saya dekat IIUM Petaling Jaya Campus. Subject favourite saya which is Basic Theme of Quran masa tu saya belajar dengan Ustaz Mohd Syauqi Bin Mohd Zahir. Alhamdulillah sekarang ni adik saya pula yang belajar dengan dia C: Haa tapi kalau saya cakap mengarut or ada silap jangan korang pergi serang dia pulak haha. So, tiga level hidayah yang saya nak petik kat sini Allahu a’lam kalau salah sila perbetulkan.

1.     Hidayah Ad-din(highest level of hidayah)
2.     Hidayah Ilham Fitri
3.     Hidayah Hawa an-Nafs

Katakanlah kamu sister, datanglah kepada kamu empat orang lelaki, alahai susahnya nak buat pilihan, mata ni tengok macam sama je. So shorlist la takde masalah pun C: Katakanlah tiga dari yang datang tu Pak Lebai(Pak lebai muda la, saya nak cakap yang mereka ni alim), so, buang la yang bukan Lebai tu tinggal lagi tiga. Dari tiga tu, sorang  taukey Bas, sorang lagi taukey Kapal Selam, sorang lagi pelumba halal. So pelumba halal ni income dia kurang berbanding dua orang taukey tadi, kerja pun risky, tiba-tiba dia Nauzubillahi Min Zalik, Kolu Innalillahi wa Innalillahi Ra’jiun, risiko dalam trek lumba kan. Oleh itu dua orang taukey ini lebih fit untuk memenuhi keperluan fitrah. Rumah, makan-pakai, lebih stabil. So keluarkan la dari list yang pelumba halal tu. Tinggal lagi dua, hmm macam mana nak pilih, dah la dua-dua ustaz harapan Malaya, kaya-raya, appa cita? Tanyalah diri sendiri yang mana kamu lagi berkenan, contohnya, yang mana lebih hensem, lebih korea, lebih friendly, pandai mengambil hati. KALAU TAK TAHU JUGAK? Balik la kepada yang pertama level hidayah yang paling tinggi iaitu agama, beristikharah la kamu, insya Allah kalau itu jodoh kamu Allah S.W.T. akan nampakkan jalan. Hmm sebelum start shorlist pun boleh je buat istikharah dulu. Jangan pulak korang pergi jumpa bomoh, “Tok Tok, peti emas sapa yang lagi berat?” C: Eh tiba-tiba cakap sal jodoh pulak hehe tapi itulah isu yang paling sensasi buat manusia sebaya saya. Insya Allah ada masa lain kali(lambat lagi kot) kita ulas balik topic jodoh. Tapi apa yang saya nak sampaikan tadi setiap perkara ada panduan nak buat keputusan tak kira lah muammalat, munakahat, dan yang lain. Banyak ja kitab yang boleh refer dan banyak orang cerdik pandai yang boleh kita rujuk. Usaha untuk mencari panduan itu perlulah ada. Nak buat keputusan untuk sesuatu perkara, perlulah ada ilmu, takde ilmu cari ilmu, or cari orang untuk buat rujukan. Sebab tu tak tahu tanya, jangan senyap ^_^

            Kena ada ilmu? Itu kita kaitkan pula dengan professionalism. Nak belah perut orang? You have to earn qualification as a Doctor first, not an Engineer. If you are an Engineer, you have a subordinate severely injured while working what will you do? You have no idea but you try to treat him, di mana ada kemahuan di situ ada jalan        ( =  O= gila, carotid artery dengan coronary artery pun tak tahu beza), atau kau ikhtiar pergi cari Doctor, pergi hospital la literally. So buatlah decision yang kita mampu berdasarkan situasi. Sampai pula kat Hospital, Doctor ja tahu nak buat apa, nak belah tang mana, what is the best option, memanglah sebab itu memang bidang dia, kepakaran dia. Yang Engineer ni pi doa lah, dia dah buat setakat yang dia mampu. Nak dijadikan cerita(contoh ya, aku tak pernah lagi jumpa Doktor macam ni), Doctor tengah mogok, gaji tak naik dah tiga tahun, management pun alahai, ingat Doktor ni belah perut ayam ka, harga ayam pun kadang-kadang naik. Tapi bukan di situ la concern kita untuk situasi genting ni. What is the Doctor’s decision? They have the qualification, the knowledge, so decision yang dah termaktub kat sini mereka MESTI selamatkan orang tu so that Engineer tu tak sedih(eh gurau je). So I want to stress here that sometimes choices or decisions will vary regarding to the situation. The situation itself will define the right or wrong of the decision is. Kalau ikutkan, gila aku nak kerja tiga tahun tak naik gaji, member Hospital lain dah tukar gheta empat kali, but the responsibility of the safety of the patient’s life lies on the Doctor’s conscious or decision. So here the right or wrong can be fixed regarding to the situation. (minta maaf ya Doktor, aku guna korang buat contoh, aku tahu korang elite and the best in line, aku doa moga korang murah rezeki anak-anak korang hidup senang ^_^)

            Alkisah la mengenai pilihan, banyak lagi nak elaborate tapi insya Allah kalau berkesempatan kita buka part two pula untuk topic ni. Jadi nak disentuh sekali lagi, setiap manusia tak boleh lari dari pilihan dan perlu memilih, life accounts choosing. Haa last entry life accounts planning. Nanti kita bukak buku account what life does accounts. Dan jangan lupa! The responsibility lies beyond the choice. How do we make our choice. Choice will come back to us as results. However do not afraid to decide, do it for God, Lillahi taa’la ;) Insya Allah everythings gonna be okay. Minta maaf jika ada sebarang salah silap, sebarang teguran membina sangat dihargai. Allahu a’lam bi sawab.

Wednesday 27 March 2013

Preliminary: How proper do you laugh,,


Assalamualaikummmm
                Sebagai pembuka kata untuk first entry for my blog C: Tiba – tiba rasa nak share something eh buat blog lah haha. You see the randomness? I learn that from an acquaintance. Boleh diguna pakai but somehow saya tak galakkan ^_^  Always plan for anything because life accounts planning. You plan, define your goals, accomplish it or derive alternatives (backup plans) and give yourself a level of satisfaction(tanda kepuasan). You need to plan even though you are dealing with a sudden occasion. Panics sometimes do happen, but when you gain your conscious what will you do? You need to plan something for sure. Eh sama lah level of satisfaction dengan goal tu! Tidoook, ade orang usaha mati-matian tapi tak dapat apa yang dia nak, nak panggil dia si gagal jugak ke? Amboi kau dah bukan rezeki dia nak buat macam mana weiiii. In my opinion kalau dia dah usaha sebaik mungkin, dan sampai satu level which he acknowledged his efforts, and then he wish to give up, it is allowed and there is nothing to be ashamed of. Basically kalau dia teruskan usaha untuk sesuatu yang dia yakin bahawa ia tidak akan mendatangkan hasil that would be a waste. So, silalah ‘redha’ dan berpuas hati dgn rezeki dan usaha anda. Haa tu satu lagi nk bitaw, my Bahasa Inggeris sangat berterabur and my Bahasa Melayu pulak lagi lah tunggang – langgang. So sabor je lah ek. Tapi setiap saranan dan teguran membina (bukan memerli ye :p)  sangat lah dialu-alukan.
                Eh apa je yang saya nak kongsi sampai decide nak buat blog ni? Tidok le, nak buat blog ni lame doh tapi entoh le hari ni tengoh dok jemur kain tetibe terfikir something. It is about, gelak ketawa. HAAAAA kenapa pulak dengan gelak ketawa????? Moreover apa lah kaitan jemur kain dengan gelak ketawa? Takde kaitan haha. Things about laughter that I realized is that it could be either contagious or annoyance(Heee lepas tulis ayat ni saya tertidur, ini bukan randomness ye, okeh continue balik). Contagious? Annoyance? Hmm tak perlu elaborate la korang mesti faham kan, tak kan tak pernah gelak langsung kot. Pernah tak korang dengar, orang cakap, jangan ketawa lebih-lebih sangat, nanti menangis beria-ia. Tak pernah pulak dengar dalil about this, but somehow it reminds me to stay moderate C: Sesungguhnya Allah SWT tak suka perbuatan yang melampaui batas. It can trigger oblivious. Excessively gelak is one of the things that could lead us to oblivion. Tengah kita gelak tu kadang – kadang boleh jadi kita tak sedar apa dia yang terkeluar dari mulut kita, baik ke tak. Unless korang memang boleh 24 hours gelak berhemah macam pendeta cina tak pun macam santa claus, gua respek lu broooo. Walaubagaimanapun gelak yang paling best is gelak Nabi Muhammad S.A.W. (haa selawat, jangan kedekut sangat korang) gelak yang menampakkan gigi serta senyuman manis, actually tak gelak pun, senyum je. Nampak, Rasullah S.A.W. pun gelak wei( or can be considered senyum) so it is a sunnah. But however excessively is not proper. Hmm kalau macam tu lah, all I can say that, senyum sampai menampakkan gigi is a sunnah but gelak is excessiveness, setuju tak? Tak setuju jangan marah pulak, ilmu I cetek j, baru UNGS 1 je pun (Islamic Worldview, IIUM punya University course, wajib ambil kecuali for students from Kulliyah IRKHS) :3
                Oleh ituwww, as a lesson of the sharing, gelak tu biar berhemah. Petua nak bagi gelak berhemah? Korang suruh geng korang rakam video korang tengah gelak beria-ia, lepas tu korang tonton balik. Buruk gila seih!!! Supposely mesti korang rasa malu, if not mesti ada something wrong and something else need to be repair or upgrade dan ingatlah malu itu sebahagian daripada Iman so supposedly mesti rasa malu. But still you can't neglect it because it is one of human emotions elements that is also considered as fitrah. You are human, you need to laugh, but make sure don't let yourself to lose control. Or else syaithonnnn is the one whom controlling you.
Okey itu je kot untuk first entri, jap lg saya post C: Sebarang komen membina amatlah digalakkan dan korang boleh menghubungi saya melalui apa –apa sahaja medium yang available i.e. facebook or twitter. Minta maaf kalau ada salah silap, perkongsian ini ikhlas dan tidak bertujuan untuk tembak sapa – sapa, saya pun masih baru, galakan, teguran dan sokongan korang sangat bermakna. So, live properly, until then ^_^
Billahhi Tawfiq Wa alHidayah, Assalamu Alaikum Wa Rahmatullahi wa Barakatuh, Have a good blissful day.