Haaaaachom!
Haaaaachom! Hingus pun meleleh-leleh bersin tak henti-henti mata dah gatal.
Itulah akibatnya degil, benda tak boleh makan sebab allergic tapi makan juga.
Masa makan tak ingat apa-apa lepas makan la baru nak menyesal = 0= Tapi
kadang-kadang boleh jadi sebab lupa. Manusia ni at some point of our life benda
yang dilupa semakin bertambah propotionally dengan perkara yang perlu diingat,
benda orang pelawa kita tak fikir panjang, ngap! Masuk mulut terus. Gatal-gatal
la muka jawabnya.
So hari ni nak tulis tentang apa ya,
sementara cuti ni boleh la curi masa nak tulis habis cuti nanti harapan la
update blog. Tapi insya Allah harapnya saya istiqamah dengan penulisan blog ini
dengan harapan ia dapat memangkin perubahan diri saya. Including to
memperkasakan kebolehan bahasa yang makin berterabur dan tunggang-langgang =.=”
Menyesal. Kenapa manusia menyesal? Ya exactly why human do regrets? Jawapan
paling religious sekali sebab tak percaya kepada ketentuan la (qada’ dan qadar)
C: eh bukan nak mock sapa-sapa ya, kadang-kadang saya pun macam tu juga, sebab
tu saya berani tulis. Ya lah kita manusia tak lari dari khilaf, silap, tersasul,
dan tersasar. Hehe itulah pasal, kadang-kadang lupa, tambah pula dengan lalai.
Hal-hal duniawi ni macam-macam benda yang kita kena deal tapi itulah uijian
yang kita perlu hadapi as a khalifah di bumi Allah S.W.T. Tapi diingatkan kalau
lalai, lupa, jangan berterusan nanti menyesal tak berkesudahan.
Bila kita menyesal dan mengapa kita
menyesal? Why? Why? Why on earth? What have I done? Haa itulah yang kita selalu
dengar dek depa yang dah terlajak, terlanjur, terkena, terbuat, and so on.
Silap invest hangus duit. Silap stadi chapter hangus quiz. Silap percaya
boyfriend, Nauzubillahi Min Zalik (couple haram, hampa dok suka sapa-sapa
takpa, tapi jangan dok bercinta, buat cool ja, ala ayat-ayat chenta) kalau nak
menyesal tu biar lah something yang kita tak kerugian, seboleh-bolehnya jangan
kita menyesal langsung. Eh memang kalau ikutkan tak perlu menyesal, kau tak
percaya pada ketentuan ka? Haa nama pun blog ni “Things Happen for Reasons”.
Tapi kan kata kan la satu couple ni terlanjur(haaa aku dah kata, jangan couple
hampa degay) so takkan la depa tak menyesal dengan perbuatan depa? Wajib depa
menyesal dan taubat nasuha. Bukan tahu buat naaa, TAUBAT
.
.
_______Kita
beri laluan kepada Solat fardhu Jumaat, petang nanti kita sambung C:___________
Okeh, sampai mana kita tadi saya pun
dah lupa haha. Istighfar istighfar. Hmm itulah dia tapi jangan kita target
geng-geng yang ber-couple ja, ade je geng-geng yang so-called innocent terlibat
dengan perbuatan yang tak patut. Haa menyesal kau awal-awal punish orang with
regard to their appearance and social. Eh judge orang tak salah ya, but
punishing people randomly is wrong ^_^ ingat tu, hadam.(nanti kita elaborate
lagi bab punish-memanish ni insya Allah kalau berkesempatan) So kenalah
menyesal. Aik, tadi kata tak perlu menyesal sebab ketentuan? Dey! Whats the
meaning of this?? Dey, eh silap Dear, jangan menyesal dengan ketentuan Allah
S.W.T. Memang semua memang telah ditetapkan sebagai ketentuan Allah S.W.T. Even
semasa kita dalam rahim ibu kita semuanya telah ditetapkan. Tapi ingat, destiny
sometimes could be beyond our understanding. Ya lah ilmu Allah S.W.T. apa lah
sangat kita ni nak faham, we have our own limit every each of us ;) Nescaya lah
kalau semua hampa tahu boleh jadi gila hampa.
So, “Allah does not
change the condition of a people until they change what is in their hearts.”
(Al Raad #11). Haa tu dia, tang bila nak menyesal tang bila nak redhoooo ja? Memetik
kembali kepada persoalan yang dikemukakan kat atas tadi, (perut dah berbunyi
=0 =) Bila kita menyesal dan mengapa kita menyesal? Okey, kita derive jawapan
theoretically. Menyessal pabila? Something happen out of our judgement. When
the thing happen la. Biasa kalau duduk diam ja takda apa-apa yang jadi tak
menyesal. Unless memang rezeki kau la tiba-tiba dapat hidayah. Diberi dua
situasi, situasi first, Ryuji ada dua orang crush, which are Aisaka and Minori,
so selepas berkira-kira(fikir panjang lebar dah ni, siap buat segala panduan memilih calon bagai, istikharah), maka si
Ryuji ni memilih la Aisaka dan berkahwin. Lepas berkahwin Ryuji hari-hari makan
makanan yang Aisaka dok masak, maka terpikirlah dia,”hampeh nya bini aku ni
masak, kalau kahwin dengan Minori dulu takda aku kurus macam ni, menyesal pulak”.(perut
berbunyi lagi =0 “= ) Haaa jangan marah
pula dengan Ryuji, dia just terfikir, itu fikiran dia sepintas lalu. Tapi
katakanlah dia zahirkan kepada colleague dia si Kitamura. Amboih, very
ungrateful! Tak boleh la macam tu C: Dah Aisaka jodoh dia, tak boleh la
menyesal. Dia kena redhooooo dan perlulah sebaik mungkin dia bimbing Aisaka
untuk jadi wife yang lebih baik. Ajar Aisaka memasak ke, tak reti memasak gak
hantar la Aisaka pergi kelas memasak. Bukan dosa Aisaka dia tak berapa pandai
memasak. Dan bukan Aisaka tak memasak apabila disuruh memasak oleh Ryuji.(Para
husband kalau boleh jangan lah ini dijadikan isu besar C: ) Okey, second
situation dimana ia melibatkan perlakuan dosa. Zina, mencuri, meorgol and so
on. Lepas tu kantoi. Baru rasa menyesal. Hah kalau tak menyesal jugak memang
muka neraka la. Tapi sebaiknya menyesal lah kamu sebelum terbuka aib kamu. Oleh
ituuu, kenalah menyesal bersungguh-sungguh sebagai tanda menyesal, diikuti
taubat nasuha, seterusnya memohon keredhaan Allah S.W.T. (watak Ryuji, Aisaka,
Minori, Kitamura, boleh dirujuk dalam siri anime Tora! Dora! Banyak yang boleh
dijadikan pengajaran C: ambil yang baik ja lah)
Dipetik kembali dari Suratur Rad Ayat 11,
Allah S.W.T. tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selagi kaum itu tidak
mengubah hati mereka sendiri. Haaah, macam mana nak relate dengan menyesal?
Haish Syahid hang takda idea ka? Insya Allah dengan izin akan ada ilham untuk
dikongsi bersama ;) Okey, merujuk kepada situasi second. Golongan yang
melakukan dosa tu lah, bila hampa rasa depa nak menyesal plus taubat? Nanti tak
sempat umur dah mati katak. Katak pun mati for reasons wei. Jangan kita manusia,
hidup sia-sia, mati sia-sia, aim jadi ahli neraka. Jadi kalau si manusia ni,
hatinya tak diubah, serronowk dengan kemungkaran yang dilakukan, akan
menyesalkah dia? Atau akan terus hanyut dihanyuti Gombak Rendu? Allahu a’lam,
Hidayah itu daripada Allah S.W.T. Macam yang saya cakap la, apalah manusia
macam kita nak fully interpret ilmu Allah S.W.T. Tapi seperti yang dinyatakan
dalam Suratur Rad Ayat 11, takkan berubah orang tu. Sebab tu kita senantiasa
dingatkan, jangan hati kita ni bercampur-baur dengan perkara tak elok. Haaa
nampak perkara tak elok disekeliling kita jangan dibiarkan. Kita mungkin kebal
dengan segala godaan duniawi, tapi anak bini kita belum tentu lagi. Berbalik
pula kepada entri saya yang lepas yang mem-focuskan kepada choice. Pilihan kamu
sekarang, jangan sampai kamu menyesal pada masa akan datang. Amar maaruf nahi
mungkar. Nehiiii! Kabhi Nehi!
Baiklah, niat hati untuk entri ketiga ni
nak tulis pendek-pendek ja, tapi ilham tu daripada Allah sebagai petunjuk, sapa
yang tahu kan kecuali Pemberi itu sendiri C: Okey, so menyesal itu perlu, but
with regard to the situation, and what we have done. Menyesal ini akan memandu
kita kearah taubat nasuha Insya Allah dan seterusnya keredhaan diri kita dan
Allah S.W.T. Bagi sesuatu perihal yang tidak memerlukan kamu menyesal,
sentiasalah bersyukur dan redha dengan rezeki serta ketentuan Allah S.W.T.
kepada kamu.
Saya pun bukan lah baik sangat orangnya,
bersamalah kita memohon keredhaan Allah S.W.T. dan memohon Allah S.W.T.
memberikan kita redha. Seperti biasa, teguran membina sangat dihargai dan
sesungguh Allah Maha Mengetahui C: Allahu a’lam bis sawab.
No comments:
Post a Comment