Semalaman tak tidur, pagi belajar, tidur selepas zuhur
sampai lewat petang, malam pula ada event mengejut yang tidak dirancang
memerlukan saya untuk keluar dari IIUM. Begitulah saya menghabiskan Sabtu
terakhir saya sebelum cuti pertengahan semester berakhir. Dah la most of the
holiday dihabiskan di kampus. Happy ke ko hidup macam ni? Hmm ko tanya aku ke?
Kitaran tidur dah semakin tak terjaga, Alhamdulillah sehabis baik saya
mengekang tabiat buruk ini dari mengganggu saya untuk melaksanakan ibadah tapi
disini saya alpa, saya lupa bahawa tidur itu juga sebahagian daripada ibadah.
Segala-gala yang kita lakukan sejak kita bernyawa, is considered ibadah.
Astarghfirullahalazim.
Badan
penat sangat ni, but let us challenge our minds and our bodies C: Jom kita
tengok hasil penulisan dalam kepenatan. Kita akan kupas tajuk, Happy. Malam ni
tengah sugul(penat) tapi itu lagi bagus at least hasil tulisan malam takda lah
ke arah exaggeration. Insya Allah hasil penulisan sebelum ni juga tidak
berlandaskan niat exaggeration tapi begitulah kita seharusnya sentiasa
mempamerkan gaya pekerjaan yang produktif tapi tawadhu’ hihi. Haaah banyak
cakap tapi tajuk tercicir =.= Happy. Ma makna happy? Farohain, farhan, farhana
and so on boleh refer kepada para pengamal dan professional bahasa arab. Malas
bukak mu’jam(dictionary) boleh digugel translatekan. (tapi ingat, hargai mu’jam
secanggih macam mana pun teknologi kaedah rujukan asas harus dipelihara).
Bahasa Melayu secara umumnya ia bermaksud bahagia, gembira, senang hati dan
pelbagai lagi. Allahu a’lam.
Memetik
kembali(eh sori ye malam ni tak banyak emoticons and lawak-lawak) perbualan
saya dengan seorang senior yang saya hormati, bukan senang nak cari senior yang
kita masih respect and I consider his words and opinions thoroughly, jom kita
ikuti
Senior: A friend asked a question;you can't get
married or get in serious relationships because of so many reasons, but you get to see someone you like every now
and then as friends... Are you happy enough with that? P/s: Fuhh... such a question :-) .
err.. the question is not about me okay, dont get the wrong idea
Me: It depends on how you define happiness
itself I think :D
Senior: yup, Syahid Shokri happiness is very
subjective .some peoples always said that never mind I also happy to see he/she
happy. 'true love' they said, by let it go.let they choose what is the best for
them. simply minded person.
Me: Dats why I
believe, people shuld decide on their own happiness, we could always look
things from different perspectives. Hmmm tapi ye lah dunia optimis mcm tu
almost never exist, we could always look upon ideal way of living but still way
to far from reaching it.. haha
Begitulah perbualan kami (kat mana jangan ditanya, bro kalau
terbaca jangan marah pulak C: you are a really promising thinker I believe,
hope you will success in dunnia wal akhiroh). Baiklah jom kita ungkai penyataan
saya. Haa mestilah penyataan saya takkan penyataan senior saya pula. Salah
misinterpret macam-macam boleh jadi haha.
Baiklah,
“are you happy enough with that”, jawab saya “It depends on how you define
happiness itself I think”. Kebahagian bergantung kepada macam mana kamu
definisikan kebahagian itu. Haa samalah macam mana saya jawab pertanyaan Br.
Tun Masri Abu Bakar from Sime Darby dulu, masa tu beliau tanya how do you
define success? Saya jawab to me success is a satisfaction. Begitu jugalah saya
define happiness. Happiness is a satisfaction and satisfaction is a condition
where you have acknowledged your own achievement. Achievement apa? Dalam semua
aspek la ya habib C: Do you happy with for example your life? So what aspects
do you accounts in your life? What is the aspect’s level of satisfactory? Do
you acknowledge it? (tukar tempat, tak best tulis atas katil, sakit leheaq)
Contoh la kalau saya, bagi saya life, aspek yang perlu diambil kira dua di antaranya
(aspek duniawi lah, duniawi pun ada kepentingan) kerjaya dan anak bini.
Kerjaya, mampu tak dengan kerjaya saya, saya balas jasa ibu bapa saya, saya
sara anak bini saya secukupnya dengan rezeki yang halal? Anak bini, berjayakah
saya didik dan bimbing anak dan bini saya untuk menjadi insan yang baik? So ini
level of, satisfactory. Acknowlegde means puas hati, maksudnya tercapai lah
sasaran atau tak. Kalau tercapai maksudnya saya bahagia. Kalau belum insya
Allah maksudnya saya sedang menuju kearah kebahagiaan ;) Selagi saya masih
berusaha.
Menjawab
soalan-soalan itu jelas lah kamu bahagia atau tidak bagi saya. Tapi walaubagaimanapun
kamu yang tentukan C: Ye lah satisfactory level kamu yang derive bukan orang
lain. Tak kan orang lain pulak nak decide samada(ke sama ada) kamu happy atau
tidak. Mestilah kamu sendiri. Haa ingat tak entri pasal decision C: Sapa yang
ikut perkembangan saya dari awal insya Allah kamu lebih faham. So kamu yang
decide sendiri kamu punye kebahagian. Kereta ada empat pintu, puas hati ke tak?
Ke nak tujuh pintu baru puas hati? Tapi tak guna juga bang oi, mati nanti semua
orang batu nesan dua buah juga, yang berbeza amalan yang kamu bawa nanti
menghadap Allah S.W.T.
“Hmmm tapi ye lah dunia optimis mcm tu almost
never exist”. Kenapa almost never exist? Sebab ramai orang tak tahu bersyukur
dan tak redha dengan rezeki sendiri. Duniawi semata-mata juga yang dikejar.
Bisness berbillion-billion pun tak pernah puas, tak cukup dengan apa kita ada
kita pedajal pulak periuk nasi orang(hmm ini trend bisness certain kaum kat
Malaysia, kaum apa? You are wise enough I dont need to elaborate..). “We could
always look upon ideal way of living but still way to far from reaching it..”.
Ideal way of living, apa dia? Wasotiyyah(moderation). Cara kita kita berfikir
dan mendefinisikan kebahagian seharusnya berpaksikan kesederhanaan(In my
opinion la, tak puas hati jangan tembak aku pulak). Far from reaching it? Hmm
you just see la the world nowadays. I give you simple example. Kamu ada
gheta(kereta, mobil dalam Bahasa Indonesia, kuruma dalam Bahasa Jepun, sayyaroh
dalam bahasa Arab = 0= mengarut daa..),
gheta Lamborghini 2012(saya tak tahu sangat sal gheta), keluarlah model baru
Lamboghini 2013, tukar gheta! Belum sampai Malaysia beli oversea import masuk!
Punya lah penting model gheta up to date. Tapi nak gunanya? Untuk ke market sahaja..
Dah tu pasai apa hang beria nak tukar gheta?? Model lama tak boleh parking
depan pasar ka? Pasar gheta apa, pasar basah ja jual barang dapur. Tukar sebab
trend. Jiran-jiran tukar colleagues tukar, habis tu I macam mana? Ketinggalan
lah youuuu. Jiran hang tu kerja sirim, nak test gheta lepas tak
piawai(husnuzon). Dah tu kalau depa kaki tayang sekali pun perlu ka hang pi
lawan?? Sampai bila tak habis bro, sampai bila tak puas hati, tak puas hati
macam mana nak bahagia?.. Baik guna duit tu pi hanta anak belajar kelas fardhu
ain, ada duit lebih labur untuk upgrade ilmu anak, hantar anak pergi tuisyen
kat madrasah.. Lagi baik. Ini kereta ada sepuluh pintu, anak bini lepas ke
mana. Nauzubillahi min zalik.
Memetik balik sindiran saya di
atas, “Kereta ada empat pintu, puas hati ke tak? Ke nak tujuh pintu baru puas
hati? Tapi tak guna juga bang oi, mati nanti semua orang batu nesan dua buah
juga, , yang berbeza amalan yang kamu bawa nanti menghadap Allah S.W.T.”. Jadi
bagi saya semua orang perlu kejar kebahagiaan dan kepuasan hati( Bagi saya
kepuasaan hati ini kita punya keredhaan). Tapi adakah definisi kepuasan atau
kebahagian ini kita boleh buat sesuka hati? Saya nak dapatkan sepuluh
girlfriends dalam satu masa baru saya puas hati dan hepi! Muda hanya sekali, so
kita enjoy!(Tapi akhiroh is for eternity beb) Boleh ke macam tu? Ya kamu boleh
mendefinisikan kebahagian dan kepuasan hati mengikut kehendak kamu, tapi kalau
ia terdorong dengan nafsu dan bukan syariah dan kehendak Allah S.W.T. maka
apabila kamu berusaha untuk capai kebahagian tidak ke kamu semakin jauh dari Allah
S.W.T.? So menjadi keperluan kepada kita to inculcate or to instill the
definition of happiness Islamically. Pusing macam mana pun Islam is the best
way of living(ini pendapat saya harap maklum dan hormat).
Jadi akhirnya kita ni nanti ke rumah dua
tiang. And then kat situ yang penting bukan worldly achievement, but yang
penting amal ibadat je so lupakan hal dunniawi. Eh mannnnna boleh! Adakah
beradanya kita di dunia ni seperti berada tempat persinggahan RnR atau seperti
berhenti di stesen petrol?? RnR, makan, golek-golek rehat, ibadah, selepas tu
teruskan perjalanan ke destinasi. Stesen petrol, makan sedikit, rehat sedikit,
ibadah, gain something(petrol) untuk memastikan kita sampai ke destinasi,
selepas tu teruskan perjalanan ke destinasi. Haa lepas ni jangan berhenti kat
RnR berhenti dekat stesen petrol je haha ;) Keberadaan kita di dunia ni akan
dipersoalkan. Worldly matter must directly proportional akhirah. Sebab tu ada
perbezaan antara, dunia dan akhirat, dan dunia semata-mata. And worldly matter
must be in order to get akhirah, so worldly matter is for the sake of akhirah.
Fail in the world, fail in the hereafter. Success in the world, success in the
hereafter. So how do you define success? Haaa samalah macam you define
happiness. Define the meaning of happiness and success Islamically, strive to
get happiness and success, then you will get both, dunnia wal akhiroh. Allahu a’lam
bissawab.
Baiklah dah lewat ni, saya rasa dah
terjawab keupayaan mengarang saya dengan kondisi badan saya yang kepenatan.
Alhamdulillah saya berpuas hati C: Tapi bukan itu tujuan saya menulis ya
kalian. Insya Allah Lillah, dan kalau bukan Lillah sekali pun saya berdoa
supaya hati saya ikhlas menjadi Lillah. So, kebahagiaan, you define. How do you
define? What does your God want. That will do because we are here supposedly to
please Allah S.W.T. and let that be the core or main definition of our
happiness and success.
Seperti biasa, bersama-samalah kita
saling beristighfar dan ingat-mengingati. Terima kasih kerana sudi luangkan
masa untuk saya berkongsi hasil buah fikiran saya. Komen membina sangat
dialu-alukan. Selamat kembali ke kampus bagi IIUM students, dengan ini masa
saya mengarang selepas ini lebih terhad. Semoga kita diizinkan bangun Subuh berikutnya dan kehidupan kita di dunia Allah
S.W.T. ini dimanfaatkan C: Allahu a’lam.
No comments:
Post a Comment